Ancaman Ular: Signifikan dan Teknik Kawalan Menurut Perspektif Fiqh al-Ḥadīth

Authors

DOI:

https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no1.3

Abstract

Ular merupakan haiwan yang amat digeruni. Dalam kalangan masyarakat Malaysia, ular dianggap sebagai musuh yang boleh menyebabkan kematian. Buktinya, saban tahun pasti terdapat korban akibat patukan ular. Oleh itu, kaedah pencegahan awal dalam bentuk ilmu pengetahuan amat penting dalam rangka memahami konsep “interaksi dengan haiwan” dengan baik sekaligus mengelakkan sebarang konflik mendatang. Signifikannya, Nabi SAW telah membincangkan mengenai bahaya dan ancaman kelompok haiwan tertentu termasuk ular dalam himpunan sabdanya. Justeru, makalah ini berusaha mengupas fiqh al-ḥadīth berkenaan ular yang boleh didapati daripada perbincangan ulama’. Ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudarat yang mampu dihadirkan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut al-Sunnah tanpa meminggirkan hak-hak eksklusif haiwan.

Published

2018-06-30

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ancaman Ular: Signifikan dan Teknik Kawalan Menurut Perspektif Fiqh al-Ḥadīth. (2018). Jurnal Usuluddin, 46(1), 45-70. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no1.3

Most read articles by the same author(s)