Pendekatan Psikoterapi Islam dalam Menguruskan Tekanan Pesakit Kronik

Main Article Content

Norhafizah Musa
Che Zarrina Sa‘ari

Abstract

Kanser payudara merupakan salah satu penyakit kronik yang sangat digeruni dalam kalangan wanita seluruh dunia. Ianya merupakan penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal malah ianya mampu mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi penghidap kanser payudara ke tahap yang sangat kritikal. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengalami stres yang berpanjangan sepanjang menjalani rawatan mahupun melewati kehidupan seharian. Justeru, kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif ini bertujuan membincangkan bentuk-bentuk tekanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara. Kajian ini juga mengkaji pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan yang dialami oleh pesakit kronik ini. Hasil kajian ini dapat merumuskan bahawa pendekatan psikoterapi Islam merujuk kepada perbahasan ulama terdahulu mampu membantu pesakit dalam mengurangkan tekanan atau stres yang dialami. Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu panduan yang berguna kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah gangguan jiwa terutama kepada mereka yang menghidapi penyakit yang digeruni seperti pesakit kronik, iaitu kanser payudara.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Musa, N., & Sa‘ari, C. Z. (2019). Pendekatan Psikoterapi Islam dalam Menguruskan Tekanan Pesakit Kronik. Jurnal Usuluddin, 47(1), 1–34. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol47no1.1
Section
Articles