The Spheral Spectrum of Educational Role and Responsibilities of Engineers-Murabbis:

Main Article Content

A. O. Shuriye

Abstract

Matlamat suci pendidikan menurut perspektif Islam adalah untuk menyuburkan nilai kesedaran ketuhanan dalam diri manusia. Lantaran itu, perlu diakui bahawa sistem pendidikan dalam Islam adalah terikat dengan sistem nilai. la turut mengetengahkan pendidikan bersepadu yang terserlah menerusi reka bentuk struktur kurikulum dan corak institusi pendidikan yang melaksanakan sistem tersebut. Orientasi pendidikan yang mengutamakan bidang sains dan teknologi semata-mata sebagai mekanisme untuk membangunkan manusia dan tidak mengutamakan usaha penyuburan nilai kesedaran ketuhanan dalam diri pelajar akan melahirkan personaliti yang hilang sifat kemanusiaannya. Tinjauan terhadap sumber-sumber penulisan Islam berkaitan dengan bidang pendidikan mendapati bahawa tumpuan penulisan banyak diberikan terhadap konsep pendidikan (tarbiyyah) dan tidak terhadap keperibadian 'pendidik' itu sendiri sebagai murabbi. Makalah ini mengetengahkan beberapa ciri penting seorang pendidik yang pelbagai, seorang yang warak, taat terhadap perintah Allah SWT, berpengetahuan, bersedia untuk mendekati dan memahami individu yang dididiknya, berusaha menyebarkan ilmu, hikmah (wisdom) dan nilai-nilai kebaikan kepada masyarakat, memiliki ciri-ciri peribadi unggul yang bersifat multi-dimensi dan amat berminat untuk membentuk personaliti pelajar yang bersifat holistik. Peranan dan tanggungjawab pendidik Muslim yang memiliki kekuatan iman, emosi dan taqwa yang unggul turut diketengahkan dalam makalah ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Shuriye, A. O. (2003). The Spheral Spectrum of Educational Role and Responsibilities of Engineers-Murabbis:. Jurnal Usuluddin, 18, 161–174. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4094
Section
Articles