Potensi Perbankan Islam Sebagai Medium Baru Perkembangan Dakwah Di Malaysia

Main Article Content

Mohammad Taqiuddin Mohamad
Joni Tamkin Borhan
Mohd Afifuddin Mohamad

Abstract

Dakwah adalah usaha mengajak manusia kepada Islam yang dilaksanakan melalui kaedah yang pelbagai. Kini, industri perbankan Islam dilihat boleh menjadi antara medium terbaik yang berkesan dalam dakwah. Menggunakan kaedah perbandingan, makalah ini menonjolkan kelebihan dan kekuatan sistem perbankan Islam berbanding sistem konvensional dalam memanifestasikan sifat sempurna Islam. Ini adalah berdasarkan fakta bahawa sistem perbankan Islam merupakan antara industri yang paling cepat berkembang dalam dunia kewangan hari ini. Ia bukan sahaja diterima meluas oleh masyarakat Islam malah masyarakat bukan Islam. Akhirnya, makalah ini menegaskan bahawa sistem perbankan boleh menjadi media dakwah yang paling meluas, dengan syarat kelebihan dan kekuatannya disedari oleh pemain kewangan Islam sendiri di samping memahami tanggungjawab atas semua Muslim untuk berdakwah. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohamad, M. T., Borhan, J. T., & Mohamad, M. A. (2012). Potensi Perbankan Islam Sebagai Medium Baru Perkembangan Dakwah Di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 35, 117–142. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7451
Section
Articles