Pendirian al-Bukhārī Terhadap Ayat-ayat Mutashābihāt

Main Article Content

Mohd Murshidi Mohd Noor
Faizuri Abd Latif

Abstract

Abū ‘Abd Allāh Muḥammad bin Ismā‘īl al-Bukhārī, pemilik Ṣaḥīḥ alBukhārī, dilihat mempunyai pandangan yang tersendiri dalam menangani ayat-ayat mutashābihāt dalam al-Qur’an. Makalah ini menganalisis pendirian al-Bukhārī dalam isu ini bagi melihat kecenderungan beliau terhadap ayat-ayat tersebut, sama ada beliau terdiri daripada kalangan yang menggunakan pendekatan takwil atau tafwīḍ. Analisis ini dilakukan dengan meneliti hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau apabila menyatakan beberapa ayat mutashābihāt dalam Kitāb al-Tawḥīd. Akhirnya, makalah ini mendapati al-Bukhārī tergolong dalam kalangan ulama salaf yang mengambil pendirian tafwīḍ, secara umumnya, terhadap ayat-ayat mutashābihāt. Jarang sekali beliau melakukan takwilan, walaupun kes takwilan ini dapat ditemui. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Noor, M. M., & Abd Latif, F. (2012). Pendirian al-Bukhārī Terhadap Ayat-ayat Mutashābihāt. Jurnal Usuluddin, 36, 1–20. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7452
Section
Articles