Pedoman Proses Tajdid dalam Pengutusan Rasul

Authors

Abstract

Konsep tajdid sering diwacanakan, tetapi nampaknya aspek praktikal kepada konsep ini kurang dikembangkan secara meluas. Makalah ini merangka suatu tindakan dasar bagi proses tajdid semasa berdasarkan pengajaran daripada sejarah pengutusan para rasul yang silih berganti. Dengan bersumberkan kepada al-Qur’an, surah al-Baqarah (2), ayat 213 dan 129, makalah ini menganalisis huraian beberapa ahli tafsir utama untuk dijadikan asas kepada praktis tajdid semasa. Beberapa panduan utama wahyu seterusnya dikembangkan secara lebih kontekstual. Makalah ini mendapati enam tindakan utama yang perlu dilaksanakan dalam proses tajdid semasa iaitu usaha motivasi, pelaksanaan syariah, mengelak permusuhan, membaca, mengajar dan membersihkan ummah. 

Downloads

Published

2013-12-31

Issue

Section

Articles

How to Cite

Pedoman Proses Tajdid dalam Pengutusan Rasul. (2013). Jurnal Usuluddin, 38, 83-116. http://mojes.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7468

Most read articles by the same author(s)