Kemelut Politik Mughal pada Penghujung Era Pemerintahan Shah Jahan (Political Crisis of Mughal Empire During the End of Shah Jahan’s Reign)
Main Article Content
Abstract
Kerajaan Mughal ketika era pemerintahan Shah Jahan menikmati pencapaian yang memberangsangkan dalam aspek tamadun, khususnya dalam kesenian dan senibina. Namun begitu, kemelut politik yang tercetus ketika penghujung era pemerintahan Shah Jahan telah mencalarkan imej dan kewibawaan beliau. Situasi menjadi lebih teruk apabila kemelut yang berlaku dicetuskan oleh anak-anaknya sendiri sehingga menyebabkan beliau disingkirkan daripada jawatan maharaja Mughal. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan untuk meneliti kemelut politik Kerajaan Mughal ketika penghujung era pemerintahan Shah Jahan. Selain itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang telah menyumbang kepada kemelut berkenaan. Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualititatif menerusi metode historical study dan content analysis dengan melakukan pengumpulan dan analisis data terhadap sumber primer dan sekunder, khususnya yang membincangkan tentang suasana sosio-politik Mughal ketika pemerintahan Shah Jahan. Hasil kajian menunjukkan Shah Jahan gagal mengawal keadaan setelah kemelut politik melanda istana Mughal. Antara faktor tersebut ialah kesihatan Shah Jahan yang semakin terjejas, kehilangan insan-insan yang boleh dipercayai dan persaingan sengit antara anak-anaknya dalam merebutkan takhta Kerajaan Mughal, khususnya antara Dara Shikuh dengan Awrangzib yang telah bermula lebih awal lagi.