Main Article Content

Abstract

Terdapat beberapa faktor yang memacu perkembangan astronomi dalam peradaban silam antaranya adalah faktor gunaan, faktor keagamaan, faktor inkuiri sains dan faktor politik. Artikel ini meneliti lebih lanjut faktor yang mendorong perkembangan astronomi Islam dalam konteks Malaysia. Untuk kerangka teori, konsep astronomi dalam al-Qur'an dan latar perkembangan astronomi silam menjadi asas rujukan. Metode pengumpulan data adalah berdasarkan kaedah dokumentasi. Metode analisis data pula berasaskan kaedah analisis kandungan. Hasil penelitian mendapati bahawa faktor utama yang merangsang perkembangan bidang astronomi Islam di Malaysia adalah faktor keagamaan. Di samping itu, faktor lain turut memainkan peranan terutamanya inkuiri sains.

Keywords

Sejarah Astronomi Islam, Sejarah Falak, Pembangunan astronomi, Pensejarahan astronomi

Article Details

How to Cite
Ali@Mat Zin, A., Ismail, K., & Abdul Niri, M. (2015). SEJARAH DAN FAKTOR PERKEMBANGAN ASTRONOMI ISLAM DI MALAYSIA: SATU PENELITIAN (History and Factor of Islamic Astronomy Development in Malaysia: An Analysis). Journal of Al-Tamaddun, 10(1), 1–18. Retrieved from https://mojes.um.edu.my/index.php/JAT/article/view/8681