SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI LISAN MASYARAKAT MELAYU: PENDEKATAN SEMANTIK INKUISITIF SLANG AND PLANT SYMBOLS IN ORAL COMMUNICATION: AN INQUISITIVE SEMANTIC APPROACH

Main Article Content

Muhammad Zaid Daud
Mary Fatimah Subet

Abstract

Dalam ilmu linguistik, slanga merupakan bahasa tidak formal
yang mewakili kelompok sosial tertentu. Pembentukan kata slanga
ini mampu membentuk makna yang tertentu mengikut
penginterpretasian makna oleh kelompok sosial yang menggunakannya.
Bagi mengutip data slanga yang dikehendaki pendekatan kualitatif
diaplikasikan berdasarkan komunikasi lisan (secara tidak formal) dalam
kalangan masyarakat Melayu. Seterusnya, data ditranskripsikan ke
dalam bentuk transkripsi perbualan. Hasil daripada transkripsi
perbualan tersebut pengkaji memperoleh 23 data slanga. Data slanga
tersebut dapat dipecahkan lagi kepada empat domain yang khusus
salah satunya ialah slanga dalam domain tumbuh-tumbuhan.
Berdasarkan pensampelan bertujuan empat slanga yang mempunyai
simbol tumbuhan telah dikenal pasti seperti ‘patoh getoh’, ‘kunyah
tebu’, ‘mat jambu’ dan ‘jua langsat’. Bagi menganalisis data tersebut
pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014)
serta dibantu dengan analisis Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh
Kempson (1986) diaplikasikan bagi mendapatkan maklumat tambahan
kepada pengkaji dalam menghuraikan makna slanga tersebut. Oleh itu, berdasarkan gabungan RRS dengan maklumat budaya mendalam
mampu menghasilkan penghuraian makna sebenar sesuatu slanga
sehingga ke akal budi penuturnya.
Kata kunci: Slanga, simbol tumbuhan, semantik, Rangka Rujuk Silang
(RRS), semantik Inkuisitif, akal budi penutur.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Daud, M. Z., & Subet, M. F. (2019). SLANGA DAN SIMBOL TUMBUHAN DALAM KOMUNIKASI LISAN MASYARAKAT MELAYU: PENDEKATAN SEMANTIK INKUISITIF: SLANG AND PLANT SYMBOLS IN ORAL COMMUNICATION: AN INQUISITIVE SEMANTIC APPROACH. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 30(1), 108–136. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/21226
Section
Articles