KATEGORI ADAT DALAM BUDAYA MELAYU NUSANTARA

Main Article Content

Amri Marzali

Abstract

Karangan ini adalah satu pembahasan tentang empat kategori adat
Minangkabau, yang juga berlaku dalam kalangan masyarakat Negeri
Sembilan, berpandukan kepada delapan tulisan pakar adat Melayu-
Nusantara. Empat kategori adat tersebut adalah “adat yang sebenar
adat,†“adat yang diadatkan,†“adat yang teradat,†dan “adat istiadat.â€
Setiap adat dicari pengertiannya menurut pendapat masing-masing
pakar adat. Setelah itu dibuat rumusannya.
Sebagai perbandingan, dalam karangan ini juga dibahas sedikit
sebanyak kategori adat Aceh, Bali, dan Bugis. Dari kajian
perbandingan ini dapat ditarik satu rumusan bahawa pelbagai adat
suku-suku bangsa Melayu-Nusantara adalah merupakan bahagian
daripada adat rantau budaya Melayu-Polynesia, yang hidup sebelum
kedatangan pengaruh Hindu.



Kata Kunci: Adat Minangkabau; adat Aceh; sistem hukum pribumi;
rantau budaya Melayu-Nusantara; van Vollenhoven.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Marzali, A. (2020). KATEGORI ADAT DALAM BUDAYA MELAYU NUSANTARA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 23(1), 1–25. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25676
Section
Articles