EKSPLORASI KEPERLUAN REMAJA DALAM NOVEL ’MERDEKAKAN CINTA RATNA’

Main Article Content

Nurhamizah Hashim
Nursham Abdul Aziz
Mohamad Mokhtar Abu Hassan

Abstract

Ketika seseorang individu berada dalam tempoh dan usia remaja,
mereka akan mengalami beberapa proses perkembangan sama ada dari
aspek fizikal mahupun aspek mental seperti perubahan anggota tubuh
badan, emosi dan sikap. Hal ini bukan sahaja mencabar diri remaja itu
sendiri, malah ia turut mencabar bagi kedua ibu bapa golongan remaja
ini. Malah, dalam tempoh ini juga akan wujud pelbagai keperluan,
keinginan dan kehendak yang diperlukan oleh golongan remaja bagi
memenuhi impian, matlamat, visi dan misi yang dicita-citakan oleh
mereka. Tujuan tulisan ini adalah untuk melihat keperluan remaja yang
terdapat dalam novel remaja karya Sri Rahayu Mohd Yusop bertajuk
Merdekakan Cinta Ratna terbitan Utusan Publication Sdn. Bhd. Novel
ini akan dianalisis menggunakan Teori Hierarki Keperluan Manusia
yang telah diperkenalkan oleh Abraham H. Maslow dengan melihat
setiap peringkat yang dikemukakan oleh beliau. Terdapat lima
peringkat keperluan yang utama dan menjadi asas kepada teori ini, iaitu
pertama peringkat keperluan fisiologi, kedua, peringkat keperluan
keselamatan, ketiga peringkat keperluan kasih sayang dan keinginan
dimiliki, keempat peringkat keperluan penghargaan kendiri dan akhir
sekali, kelima peringkat keperluan penyempurnaan kendiri.



Kata kunci: Remaja, keperluan remaja, novel remaja, Abraham H.
Maslow, teori hierarki keperluan manusia, peringkat keperluan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hashim, N., Abdul Aziz, N., & Abu Hassan, M. M. (2020). EKSPLORASI KEPERLUAN REMAJA DALAM NOVEL ’MERDEKAKAN CINTA RATNA’. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 25(1), 180–204. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/25689
Section
Articles