SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL PRONUNCIATION OF MALAY WORDS AMONG SLOW LEARNERS USING CLINICAL LINGUISTICS ANALYSIS

Main Article Content

Siti Noridayu Abd. Nasir
Hazlina Abdul Halim
Ahmad Shuib Yahaya
Rohaidah Kamaruddin

Abstract

Abstract
Slow learners often face issues when learning their first language. Since Malay is the functional
language in Malaysia, students need to master it to facilitate the process of teaching and
learning. However, poor vocabulary when speaking in the first language could affect the
communication process, as seen among students who are slow learners. Therefore, this study
aimed to examine the subjects’ pronunciation of various Malay words using posters and identify
speech errors using clinical linguistics. Subsequently, the paper discussed the link between
pronunciation and B. F. Skinner’s behaviourist theory of learning involving positive and
negative reinforcement. Results showed that there was still incoherent pronunciation despite the
subjects being 16 years old. However, after positive reinforcement, the subjects appeared more
confident and spirited in pronouncing specific words correctly. The subjects also stumbled with
11 out of the 60 words tested. Standard pronunciation was also influenced by the dialects of their
respective home states. On that account, continuous support and practice should be emphasised
to encourage students to enunciate better. In future, this study could catalyse further research in
the field of clinical linguistics on slow learners in Malaysia.



Keywords: slow learners, pronunciation, vocabulary, Malay language, clinical linguistics


Abstrak
Murid lembam lazimnya mengalami masalah dalam proses pembelajaran bahasa pertama.
Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah dan perlu dikuasai oleh semua murid
atau pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, penguasaan
kosa kata yang lemah dalam pertuturan bahasa pertama menyebabkan berlakunya masalah dalam
proses komunikasi seperti yang dialami oleh murid lembam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji kosa kata dalam bahasa Melayu murid lembam menggunakan poster dan mengenal
pasti kesilapan bunyi kosa kata yang melalui sebutan subjek kajian dengan aspek linguistik
klinikal. Kajian ini turut membincangkan hubungan penghasilan sebutan kosa kata dengan Teori
Behaviorisme Skinner dalam pengukuhan positif dan negatif. Dapatan ini menunjukkan bahawa
masih terdapat penghasilan bunyi kosa kata dalam bahasa Melayu yang masih tidak jelas
walaupun subjek kajian sudah menjangkau usia 16 tahun. Setelah dirangsang dengan pujian,
subjek kajian lebih yakin dan bersemangat untuk menyebut sesuatu kosa kata dengan betul.
Subjek kajian juga bermasalah menyebut 11 daripada 60 buah kosa kata bahasa Melayu yang
diuji. Selain itu, sebutan kosa kata bahasa Melayu standard juga dipengaruhi oleh dialek negeri
yang digunakan oleh subjek kajian. Sokongan dan latihan yang berulang kali amat
dititikberatkan agar dapat mendorong murid lembam untuk menyebut kosa kata bahasa Melayu
dengan lebih baik. Kajian ini diharapkan dapat menjadi pendorong kepada kajian selanjutnya,
terutamanya dalam bidang linguistik klinikal berkaitan murid lembam di Malaysia.



Kata Kunci: lembam, sebutan, kosa kata bahasa Melayu, linguistik klinikal

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Siti Noridayu Abd. Nasir, Hazlina Abdul Halim, Ahmad Shuib Yahaya, & Rohaidah Kamaruddin. (2022). SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL: PRONUNCIATION OF MALAY WORDS AMONG SLOW LEARNERS USING CLINICAL LINGUISTICS ANALYSIS. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(2), 162–178. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/39758
Section
Articles