ASPEK TEKSTUAL DAN PRAKTIS SOSIAL DALAM NOVEL SUNGAI MENGALIR LESU TEXTUAL AND SOCIAL PRACTICAL ASPECTS IN THE NOVEL SUNGAI MENGALIR LESU

Main Article Content

Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya
Fauzi Hasan
Rohaidah Haron

Abstract

Novel Sungai Mengalir Lesu (SML) yang dihasilkan pada tahun 1984 merupakan satu daripada karya besar yang ditulis oleh sasterawan negara A. Samad Said. Karya yang bertemakan Perang Dunia ke-2 yang berlatarbelakangkan Singapura ketika dijajah oleh Jepun ini menarik untuk dikaji dari sudut analisis wacana. Berdasarkan pendekatan wacana kritis, tiga analisis yang perlu diketengahkan ialah analisis tekstual, wacana praktis dan praktis sosial, namun demikian kajian ini hanya akan mengetengahkan analisis tekstual dan praktis sosial sahaja. Analisis tekstual dalam SML akan memfokuskan aspek leksikal, iaitu pemilihan kata-kata bersifat tabu atau perkataan berbentuk larangan yang mempunyai hubung kait dengan praktis sosial masyarakat Melayu dalam wacana novel tersebut. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspek tekstual, khususnya leksikal bersifat tabu dalam SML serta menganalisis leksikal tersebut dari sudut praktis sosial masyarakat Melayu. Berdasarkan teori analisis wacana kritis (CDA) yang dimajukan oleh Fairclough (1995), kajian ini mendapati wujud sepuluh leksikal tabu dalam SML yang dapat menggambarkan praktis sosial dalam novel ini. Penggemblengan leksikal bersifat tabu dalam SML menjelaskan bahawa pemilihan kata-kata bersifat tabu dalam wacana novel sebenarnya mempunyai hubung kait dengan konteks sosial, khususnya praktis sosial masyarakat Melayu dalam wacana tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Tengku Yahya, T. S. ., Hasan, F., & Haron, R. . (2024). ASPEK TEKSTUAL DAN PRAKTIS SOSIAL DALAM NOVEL SUNGAI MENGALIR LESU: TEXTUAL AND SOCIAL PRACTICAL ASPECTS IN THE NOVEL SUNGAI MENGALIR LESU. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 35(2), 31–45. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56096
Section
Articles