STRUKTUR PUISI RAMBAN DALAM BUKU LEKA MAIN IBAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI STRUKTURALISME THE STRUCTURE OF RAMBAN'S POEM IN THE BOOK OF LEKA MAIN IBAN BASED ON THE PERSPECTIVE OF STRUCTURALISM THEORY

Main Article Content

Nelson Kubu Empajang
Rohayati JUNAIDI
Saripah Banseng

Abstract

Masyarakat Iban amat unik dan kaya dengan sastera, adat resam dan kebudayaan yang diwarisi turun-temurun. Namun demikian, kesukaran memahami sastera lisan, iaitu ramban dalam kalangan masyarakat Iban memberi impak yang negatif dalam mengekalkan tradisi lisan ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis struktur sepuluh buah puisi ramban yang dipilih dalam buku Leka Main  Asal Iban karya Jimmy Donald (1993). Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dengan mengaplikasikan Teori Strukturalisme oleh Ferdinand de Saussure (1983). Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah analisis teks untuk menganalisis kandungan teks puisi ramban dengan memfokuskan aspek struktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi-puisi ramban mempunyai unsur gaya bahasa yang merangkumi elemen hiperbola, asonansi, aliterasi, metonimi, anafora, simplok, satira, sinisme, sinkop, simile, homoioteleuton, konotasi, denotasi, citra bebas, kolokasi dan polysyndeton. Unsur bait yang membentuk puisi-puisi ramban dengan memiliki elemen prolog, isi, epilog, paralelisme dan terdiri daripada 7 sehingga 32 baris ayat dan kesemua memiliki antara 3 hingga 11 patah perkataan. Dari aspek prosodi, puisi-puisi ramban memberi penekanan kepada keindahan rentak dan irama kerana distrukturkan oleh jeda, rima, disfemisme dan emotif. Kesimpulannya, puisi ramban merupakan puisi lisan yang berbentuk hiburan yang dinyanyikan pada waktu senang serta pada hari keramaian untuk tujuan memuji, memberi motivasi, meluahkan perasaan gembira, cinta, keluh-kesah dan rintihan. Implikasinya, kajian ini akan menambahkan lagi korpus sastera masyarakat Iban dan menjadi medium untuk mempromosikan puisi lisan masyarakat Iban ke seluruh dunia. Maka, kajian berkaitan struktur puisi ramban perlu diperkembangkan lagi dari aspek amalan atau gaya persembahan puisi ramban.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Empajang, N. K., JUNAIDI, R., & Banseng, S. (2024). STRUKTUR PUISI RAMBAN DALAM BUKU LEKA MAIN IBAN BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI STRUKTURALISME: THE STRUCTURE OF RAMBAN’S POEM IN THE BOOK OF LEKA MAIN IBAN BASED ON THE PERSPECTIVE OF STRUCTURALISM THEORY. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 35(2), 86–104. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/56099
Section
Articles