PENGURUSAN MASALAH SOSIAL YANG BERLAKU DALAM KOMUNITI PESISIR DI KELANTAN MANAGEMENT OF SOCIAL PROBLEMS IN THE COASTAL COMMUNITIES IN KELANTAN

Main Article Content

Zulfikri Abd. Wahab
Yohan Kurniawan
Haris Abd. Wahab

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pihak yang terlibat dalam mengawal masalah sosial yang berlaku dalam komuniti pesisir. Kawalan masalah sosial yang dilakukan boleh dikategorikan kepada dua bentuk iaitu kawalan secara formal oleh organisasi dan kawalan tidak formal oleh keluarga dan masyarakat. Kajian dilakukan di Kampung Nelayan Kandis, Bachok dan Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan. Seramai 250 orang responden telah dipilih secara rawak dan ditemubual menggunakan borang soal selidik. Organisasi yang banyak terlibat dalam mengawal masalah sosial dalam komuniti pesisir ialah Polis Diraja Malaysia, sekolah dan Jawatankuasa Masjid. Komuniti pesisir sendiri juga telah melakukan pelbagai tindakan untuk mengawal masalah sosial dalam kalangan anak-anak mereka dan ahli masyarakat lain. Usaha kawalan sosial secara formal dan tidak formal dalam komuniti ini perlu di koordinasi secara baik dan teratur. Pekerja sosial komuniti merupakan individu yang bertanggungjawab dalam mengkoordinasi pelbagai usaha pihak yang terlibat.


Kata kunci: Pengurusan, masalah sosial, komuniti pesisir, Kelantan


This study aimed to identify the nature and types of the institutions that were involved to manage the problems in the coastal communities in Malaysia. The management of social problems was categorized into two main forms such as formal management by the formal organizations and informal management by the institutions i.e. family and society. The study was conducted in twoareas i.e. Kampung Nelayan Kandis, Bachok and Kampung Baru Nelayan, Tumpat in Kelantan. We used survey method where a pre-tested interview schedule was randomly administered to 250 respondents. The study revealed that the social problems on those areas were mainly managed by the Royal Malaysian police, school, and mosque committee members. The community also had a variety of actions to mitigate social problems of their children and other community members. The study suggested that for effective services, there needs proper coordination among such formal and informal social control efforts, where community social worker has prolific role.


Keywords: Management, social problem, coastal communities, Kelantan

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abd. Wahab, Z., Kurniawan, Y., & Abd. Wahab, H. (2013). PENGURUSAN MASALAH SOSIAL YANG BERLAKU DALAM KOMUNITI PESISIR DI KELANTAN: MANAGEMENT OF SOCIAL PROBLEMS IN THE COASTAL COMMUNITIES IN KELANTAN. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 24(1), 56–77. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9620
Section
Articles