DIMENSI PERANCANGAN DALAM HIKAYAT MALIM DEWA: KAJIAN PENDEKATAN PENGURUSAN DIMENSION OF PLANNING IN HIKAYAT MALIM DEWA: FROM THE PERSPECTIVE OF THE MANAGEMENT APPROACH

Main Article Content

Mohamad Zuber Ismail
Mohamad Mokhtar Abu Hassan

Abstract

Makalah ini mengemukakan satu pandangan baharu dalam dunia pengkajian kesusasteraan yang rentas disiplin dengan ilmu pengurusan moden yang terdapat dalam cerita lipur lara Melayu, iaitu Hikayat Malim Dewa. Perbincangkan persoalan berdasarkan kerangka Prinsip Perancangan yang terdapat dalam “Pendekatan Pengurusan†yang diutarakan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks merupakan dua kaedah yang diaplikasi dalam kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis Prinsip Perancangan yang digunakan dalam Hikayat Malim Dewa. Prinsip Perancangan ini dianalisis berdasarkan dimensi-dimensi perancangan, iaitu dimensi menetapkan objektif, dimensi membentuk strategi, dimensi pilihan alternatif, dimensi menilai langkah-langkah alternatif, dimensi memilih satu cara dan dimensi kajian semula ke arah merealisasikan objektif yang disasarkan. Hasil analisis memperlihatkan Prinsip Perancangan dalam Hikayat Malim Dewa signifikan dalam menggambarkan perancangan bijak pemimpin yang meneraju negara demi merealisasikan objektif yang disasarkan bertitik tolak daripada analisis terhadap struktur karya. Pengurusan perancangan ini menyerlah daripada keberkesanan dimensi-dimensi perancangan yang diaplikasikan watak dan ternyata prinsip ini mendampakkan kesignifikan sebagai landasan kajian. Kajian ini membuktikan bahawa Prinsip Perancangan merupakan satu indikator penting dalam mengangkat kebijaksanaan pemikiran pemimpin. Secara kesimpulannya, Prinsip Perancangan yang dipaparkan dalam Hikayat Malim Dewa ini memperlihatkan kecenderungan yang tinggi dalam memperlihatkan satu ciri penting aspek pengurusan dalam teks karya sastera tradisional.
Kata kunci: Cerita Lipur Lara, Pendekatan Pengurusan, Prinsip Perancangan, Dimensi Perancangan, Hikayat Malim Dewa.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ismail, M. Z., & Abu Hassan, M. M. (2016). DIMENSI PERANCANGAN DALAM HIKAYAT MALIM DEWA: KAJIAN PENDEKATAN PENGURUSAN: DIMENSION OF PLANNING IN HIKAYAT MALIM DEWA: FROM THE PERSPECTIVE OF THE MANAGEMENT APPROACH. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 27(1), 25–44. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9714
Section
Articles