BAHASA VERBAL DAN NON-VERBAL SEBAGAI CERMINAN MASYARAKAT DALAM NOVELNOVEL MELAYU

Main Article Content

Arba'ie Sujud
Che Ibrahim Salleh
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi

Abstract

Setiap individu yang hidup dalam masyarakat akan terlibat dengan komunikasi. Dalam hubungan ini, bahasa sebagai medium yang menjalin aturan dan ikatan pemikiran antara dua pihak. Setiap individu lazimnya akan merancang bentuk pernyataan agar tidak menimbulkan sebarang implikasi kepada pihak lain. Terdapat dua bentuk pernyataan bahasa, iaitu pernyataan verbal dan pernyataan non-verbal. Bagi pernyataan verbal yang melibatkan pengucapan bersuara, tafsirannya lebih jelas dan ketara. Hal ini berbeza dengan pernyataan non-verbal yang lebih memperlihatkan penggunaan bahasa badan yang memberi tumpuan terhadap lambang atau reaksi tertentu yang bermakna. Untuk maksud ini, terjadinya komunikasi disebabkan wujudnya hubungan sosial. Dalam hubungan ini, budaya dan komunikasi mempunyai hubungan yang timbal balik. Budaya menjadi sebahagian daripada perilaku komunikasi yang dapat menentu, memelihara, mengembang, atau mewarisi budaya. Budaya yang berbeza memiliki sistem nilai yang turut berbeza. Ketika berkomunikasi dengan orang lain, kita dihadapkan dengan bahasa-bahasa, aturan-aturan, dan nilai-nilai yang berbeza. Untuk maksud ini, pernyataan sama ada yang dilakukan secara verbal atau non-verbal akan mengambil kira tatacara yang dapat memenuhi sifat kehalusan dan kemurnian sesuatu bahasa serta budaya. Hal ini disebabkan dalam menjalin komunikasi, aspek yang perlu dipertimbangkan ialah keintiman dan keupayaan menghasilkan tindak balas di antara satu sama lain. Ketegangan dan projeksi yang memungkinkan wujudnya penolakan dalam komunikasi akan mengakibatkan perkongsian maklumat tidak dapat dilakukan secara berkesan. Oleh yang demikian, kertas ini akan membincangkan bahasa verbal dan non-verbal sebagai cerminan masyarakat dalam novel-novel Melayu. Novel-novel yang digunakan adalah Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad, Julia karya Abu Hassan Morad, Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, dan Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Sujud, A., Salleh, C. I., & Nik Muhamad Affendi, N. R. (2007). BAHASA VERBAL DAN NON-VERBAL SEBAGAI CERMINAN MASYARAKAT DALAM NOVELNOVEL MELAYU. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 18(1), 1–24. Retrieved from http://mojes.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9716
Section
Articles