Islamic Psychotherapy: Isfahani's Treatment of Anger, Fear and Sorrow
Main Article Content
Abstract
Artikel ini memperkatakan tentang psikoterapi Islam dengan tumpuan khusus diberikan kepada rawatan emosi. Artikel ini mengkaji kaedah rawatan kurun kesebelas oleh al-Raghib al-Isfahani, merangkumi kaedah merawat perasaan marah, takut dan sedih. Isfahani tidak mencadangkan kaedah untuk menghapuskan sifat-sifat ini, atau memperkatakan tentang daya perangsang bagi sifat tersebut, namun menekankan dari aspek kaedah pengawalannya.Psikoterapi baginya adalah berkaitan rawatan emosi-emosi yang melampau, yang mengganggu keseimbangan tiga daya yang terdapat dalam jiwa manusia. Jiwa yang terkawal mempengaruhi mental yang sihat dan sebaliknya jiwa yang terganggu boleh mengakibatkan kecelaruan mental. Artikel ini juga menyentuh secara ringkas pandangan-pandangan Ibn Miskawayh dan Imam al-Ghazzali mengenai persoalan tersebut.